#BBMGetInspired with Jessen Ong aka Jessen Jambang / #BBMBerinspirasi Bersama Jessen Jambang

Hello Grasshoppa,

In this week’s interview, I am privileged to have an old friend of mine that I’ve known since my gym started. Fast forward a few years later, he is also a gym owner & an active competitor like me. We even travelled to Bangkok last year for a competition. With the recent branding course that he took, he has since started his own Facebook Page & YouTube channel targeting all Malaysians.

Berinspirasi Bersama Jessen Jambang

Here is how it went. Enjoy!

Bolehkah anda memperkenalkan diri anda kepada pembaca-pembaca Black Belt Millionaire?
(Can you give our readers a short introduction of yourself?)

Saya Jessen atau dikenali sebagai Jessen Jambang, saya telah berkecimpung dalam bidang perumahan sebagai pengurus syarikat pemaju hampir 8 tahun, walaupun ini bukan masa yang terlalu panjang, tetapi melalui segala pengalaman saya dari sudut pihak pemaju dan sebagai seorang pemilik hartanah di sekitar Pulau Pinang dan Selangor, saya berharap dapat menyalurkan segala informasi terbaik mengenai pembelian hartanah kepada seluruh masyarakat Malaysia.

(I’m Jessen, more familiarly known as Jessen Jambang. I’ve been in the real estate industry as a developer for about 8 years and although it isn’t a long time, I have experienced a lot during my time as a developer and property owner in Penang and Selangor. I look forward to sharing information and knowledge on real estate to all Malaysians.)

2. Apakah inspirasi anda disebalik halaman Facebook dan Saluran YouTube- Abang Jambang?
(What has inspired you to start your Facebook / YouTube Channel called Abang Jambang?)

Saya berharap melalui perkongsian saya di Facebook dan Youtube dapat membantu lebih ramai di Malaysia khususnya generasi muda untuk memiliki rumah sendiri daripada hanya menyewa dari masa ke semasa. Tetapi sebelum itu, perkara yang amat penting adalah untuk membuka minda para pemuda bahawa membeli sebuah rumah bukan sesuatu yang mustahil berdasarkan pendapatan masing-masing dan daripada situ menyemaikan lebih banyak ilmu serta panduan supaya menjadi lebih yakin untuk meneruskan penerokan mereka di pasaran hartanah nanti.

(My goal is to help Malaysians especially the younger generations to be able to acquire their own home rather than just renting. It is vital for them to keep an open mind and to understand that owning a home is possible based on their income and budget. I aim to provide guidance and establish confidence in them in their search of owning a home.)

3. Apakah matlamat kewangan anda?
(What is your financial goal?)

Pada pendapat saya, tujuan kita bertungkus lumus merialisasikan matlamat kewangan adalah untuk menjamin satu masa depan yang lebih cerah khususnya untuk cahaya mata kita. Justeru itu, saya sentiasa percaya hartanah merupakan satu pelaburan yang di mana nilainya dapat meningkat dari masa ke semasa dan ia merupakan satu jaminan yang agak sesuai untuk masa depan. Jadi, saya sendiri memang menggunakan pelaburan hartanah sebagai satu jaminan untuk masa depan.

(In my opinion, we work hard to secure a better life for our family, especially for our children. Thus, I believe that real estate is a good investment as it constantly appreciates in value. Hence, real estate investment provides security for a better future.(

4. Di manakah anda mempelajari ilmu pelaburan hartanah?
(Where do you learn about property investment?)

  • Melalui platfom sayrikat pemaju yang saya berada sekarang
  • Melalui pengalaman onak duri dalam pembelian hartanah kerana sewaktu Jessen membeli hartanah dahulu hanya bergantung kepada persepsi dan pendapat sendiri, tidak ada sesiapa yang berkongsi ilmu tentang pembelian hartanah pada ketika itu, jadi sekarang saya ingin buat terbaik untuk sampaikan semua pengalaman kepada semua yang ingin memulakan pembelian sesebuah hartanah untuk diri sendiri
  • Membaca buku-buku mengenai hartanah
  • Menyertai seminar-seminar hartanah
  • Berinteraksi dengan pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan agensi-agensi kerajaan lain yang berhubungan dengan perumahan
  • Peka kepada isu-isu semasa hartanah
  • Through my current developer platform
  • Through my experiences in buying real estate developments. During my previous purchases, I relied mostly on my own perception and thought process. Now, I would like to use my experiences to share with those who are looking at purchasing properties.
  • Through reading books on real estate.
  • Attending property seminars.
  • Through interacting with local authorities, land officers and government agencies.
  • Local portals reporting current issues on real estate.

5. Apakah pandangan peribadi anda mengenai pelaburan hartanah semasa ketidaktentuan pasaran seperti kini?
(What is your personal view on property investment during market uncertainty?)

Peluang atau rezeki akan datang bila-bila masa, ia tidak semestinya hanya datang pada masa-masa tertentu sahaja. Ini adalah bergantung kepada usaha kita sebelum ini, kalau kita sentiasa bersiap sedia maka sewaktu rezeki itu terjelma andalah merupakan insan yang akan mengetahui terlebih dahulu. Peluang hanya tercipta untuk mereka yang sentiasa bersiap sedia, jadi, saya merasakan pembelian sesebuah hartanah juga tidak ada pengeculiannya.

(Opportunity and hard work go hand in hand. With the right amount of dedication and effort, opportunities are easily found and created and buying a property is no exception.)

6. Adakah mustahil untuk seseorang dengan gaji purata untuk memiliki lebih daripada satu hartanah?
(Do you think it is possible for the readers to buy more than 1 property with an average income?)

Saya tidak menggalakkan seseorang untuk memiliki banyak hartanah dalam masa yang singkat, kita masih bergantung kepada pekerjaan sedia ada untuk menjana pendapatan bulanan. Pelaburan hartanah merupakan satu pelaburan jangka masa panjang, ia bukan skim cepat kaya, jadi, kita harus melabur dan mengurus hartanah yang kita beli dengan cara yang sesuai. Pada pendapat saya, ia adalah mungkin untuk semua orang memiliki lebih daripada satu hartanah dalam kehidupan ini sekiranya kita dapat memulakan pembelian hartanah dengan cara yang betul.

(Owning multiple properties in a short time may not be a good idea as we are relying on an existing source of income. Real estate investment is a long term investment as has to be managed in a timely manner. With proper planning, it is definitely possible for one to own more than one property.)

7. Apakah kesilapan kewangan yang pernah anda lakukan?
(What is your worst financial or investment decision you have ever made?)

Memberli hartanah yang di mana hanya bergantung kepada perasaan sendiri, tidak asaskan sebarang garis panduan, hasilnya, ia memberikan pembalikan yang amat rendah. Jadi, memang penting untuk kita belajar dan menimba ilmu sebelum melakukan pembelian sesebuah hartanah, tidak boleh hanya bergantung kepada emosi semasa, kata-kata manis agen dan sebagainya.

(Buying a property with no basis and purely on gut feelings may be unwise and result in a poor return on investment. We should not rely purely on sugar-coated words of an agent but rather complete a thorough research and seek relevant information before making a purchase)

8. Bagaimanakah anda mendefinasikan kejayaan dalam hidup anda?
(How do you define success in your life?)

Pada pendapat saya, saya belum berjaya lagi kerana naluri saya adalah untuk membantu lebih ramai lagi memiliki rumah sendiri melalui perkongsian ilmu saya dan saya mempercayai bahawa usaha untuk membantu adalah berpanjangan.

(I believe that I have yet to succeed. My focus is to help people in owning their own home through the sharing of my knowledge and life experiences.)

9. Bolehkah anda memberi nasihat kepada pembaca-pembaca BBM yang ingin menceburi bidang pelaburan hartanah?
(Any advice to the BBM readers on property investment?)

Jangan meragu-ragu untuk mempelajari lebih banyak ilmu mengenai hartanah dari mana-mana pihak seperti bank, peguam, pemaju, pejabat tanah dan sebagainya. Sterusnya, mengetahui dan melengkapi kemampuan diri dari masa ke semasa, apabila peluang datang, anda terus boleh membuat keputusan berdasarkan semua garis panduan yang anda pelajari sebelum ini, pastinya anda akan mendapat sesebuah hartanah yang jauh lebih bagus kepada hanya bergantung kepada perasaan emosi.

Learn as much as you can on real estate investment from anyone, be it bankers, lawyers, developers, real estate officers and so on. It is important to equip ourselves with information and knowledge so that when opportunities arise, you can make a calculated decision instead of an emotional decision.

You can also follow Jessen Jambang on Social Media :
Facebook : Jessen Jambang
YouTube Channel : Jessen Jambang

BBM Got Inspired with Abang Jambang Jessen

OSS!

Dont Miss A Thing

 

Leave a Reply